Bukit Besi, 23200, Dungun, Terengganu. "Sehasrat Kearah Lahirkan Generasi Mantap"

Pada 28 Januari 2018, SKLGM telah dijemput oleh pihak Astro Awani dan BTPN Terengganu untuk menghadiri Majlis Pelancaran Astro Awani Jr. Peringkat Negeri Terengganu. Majlis ini dirasmikan sendiri oleh En Suhaimi Bin Sulaiman, CEO Astro Awani.

Satu penghargaan buat SKLGM yang kerdil namun SKLGM tetap yakin bahawa SKLGM mampu untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama-sama pihak lain di peringkat kebangsaan.

SKLGM telah menghantar wartawan kembar bersama guru pengiring ke majlis tersebut.



Gimik pelancaran Astro Awani Jr. Peringkat Negeri Terengganu



Ustaz Rahim, GPM SKLGM mengetuai bacaan doa pada majlis itu



Wakil SKLGM yang hadir pada majlis tersebut



Hj Kamarol naik ke  pentas untuk menerima sijil penghargaan daripada pihak Astro Awani



Tahniah atas penglibatan aktif dalam bidang kewartawanan



Wartawan kembar bersama ayah dan ibu mereka


Dengan pelancaran Astro Awani Jr di Terengganu, SKLGM berharap untuk lebih aktif dalam bidang kewartawanan.


"Sedia melompat lebih tinggi"



#smallispower
#letsgofartogether

No comments:

Post a Comment