Bukit Besi, 23200, Dungun, Terengganu. "Sehasrat Kearah Lahirkan Generasi Mantap"



Pada 16 Mei 2017, SKLGM telah mengadakan temasya sukaneka sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua warga sekolah. Pelbagai acara dipertandingkan termasuklah acara kategori guru.

Temasya sukaneka ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan belajar murid-murid dan juga tekanan kerja guru-guru. Ini penting agar murid dan guru tidak "burn out" dalam menjalankan tugas. Aktiviti ini juga mengukuhkan lagi silaturrahim antara warga sekolah yang memang sedia erat.



Murid-murid berkumpul untuk sesi roll call



PK Hem, En Suzainal memberi taklimat ringkas tentang sukaneka yang bakal berjalan.



Acara bawa bola pingpong guna sudu.



Acara tiup belon sampai pecah.



Acara cari gula-gula dalam tepung



Pekerja swasta dan Sekuriti turut memeriahkan temasya sukaneka.



Acara guru. Kalau tengok gaya, Hj Kamarol menang.


Temasya sukaneka tamat sebelum tengah hari. Murid-murid dan para guru kelihatan seronok walaupun penat bermain.



#smallispower
#letsgofartogether

No comments:

Post a Comment