Bukit Besi, 23200, Dungun, Terengganu. "Sehasrat Kearah Lahirkan Generasi Mantap"

Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati, 23200 Bukit Besi Dungun, Terengganu merupakan sebuah sekolah yang berkeluasan kira-kira 3.74 hektar atau 9.226 ekar berada di dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit TDM. Lokasinya terletak dalam Mukim Besol, Bukit Besi., Dungun, Terengganu.

Kersik adalah nama asal kawasan ini. Kawasan ini telah diteroka dan dijadian ladang sawit. Pada suatu ketika seekor gajah jantan telah mengamuk kerana habitatnya terganggu lalu cuba menyerang pengurus ladang yang berbangsa Inggeris. Malangnya gajah ini telah mati ditembak . Sempena peristiwa tersebut, ladang ini mula dikenali sebagai Ladang Gajah Mati.

Ianya terletak di tepi jajaran Lebuh Raya Jerangau – Jabor, yang menghala ke Kuantan. Jarak nya 86 kilometer dari Kuala Terengganu. Kira-kira 10 Km dari Bukit Besi dan 10 km daripada Bandar Al Muktafi Billah Shah ( AMBS). Jaraknya dengan Bandar Dungun adalah kira-kira 46 km.

Mula dibuka pada tanggal 01 Januari 1982 dengan seramai 5 orang guru dan 55 orang murid. Guru Besarnya yang pertama ialah Encik Jamaluddin bin Saruji Hanya mempunyai 3 kelas bercantum, iaitu Tahun 1 dan Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4, serta Tahun 5 dan Tahun 6.


Perspektif
Nama Sekolah    : SK Ladang Gajah Mati.
Kod Sekolah       : TBA 1030
Gred                    : B ( Luar Bandar )
Jarak dari PPD    : 50 km
Jarak dari JPNT  : 121 km
Status                  : Sekolah Kurang Murid

No comments:

Post a Comment