Bukit Besi, 23200, Dungun, Terengganu. "Sehasrat Kearah Lahirkan Generasi Mantap"

Pada setiap 14 Oktober 2017, Hari Sukan Negara disambut secara serentak di seluruh negara. Hari Sukan Negara bertujuaan untuk memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya sukan kepada diri.

Selain daripada itu, murid-murid juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang dapat menguatkan tubuh badan mereka di samping mencerdaskan otak. Ini adalah penting bagi murid-murid yang kebanyakkan masa mereka di sekolah adalah belajar.



Sambutan Hari Sukan Negara dimulakan dengan senamrobik di Dewan Q



Murid perempuan bermain bola tampar



Murid bermain permainan karom




Murid lelaki bermain sepak takraw



Murid bermain lontar gelung masuk kon


Dengan adanya sambutan seperti ini, diharapkan agar semua warga SKLGM cakna dengan kepentingan sukan kepada diri masing-masing.



#smallispower
#letsgofartogether

No comments:

Post a Comment