Bukit Besi, 23200, Dungun, Terengganu. "Sehasrat Kearah Lahirkan Generasi Mantap"

Bermula 15 Ogos hingga 15 Septembar setiap tahun, Rakyat Malaysia menyambut Bulan Kebangsaan dan pada 19 September setiap tahun, Hari Malaysia diraikan. SKLGM tidak terkecuali dan turut sama menyambut kedua-dua ini.

SKLGM mengadakan program 2 dalam 1 iaitu majlis penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 16 September 2017. Program ini dihadiri oleh semua warga SKLGM.


Majlis didahulukan dengan bacaan doa yang diimam oleh Ustaz Abdul Rahim



Basikal yang dihias dengan Bendera Malaysia



Murid-murid berpakaian dengan tema Malaysia



Perarakan sempena Hari Malaysia ke kawasan penempatan setempat



Penyerahan bendera Malaysia kepada pengurus ladang sebagai simbolik Penutup Bulan Kebangsaan



Bergambar bersama-sama pengurus ladang



Sesi bergambar tanda berakhirnya program


Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga SKLGM kerana begitu bersemangat dalam mempamerkan imej-imej cintakan Malaysia. Semoga semangat begini dapat diteruskan.



#smallispower
#letsgofortogether

No comments:

Post a Comment