Bukit Besi, 23200, Dungun, Terengganu. "Sehasrat Kearah Lahirkan Generasi Mantap"



Pada 2 Mei 2017, warga SKLGM telah mengadakan lawatan bermaklumat. Lawatan ini melibatkan 2 tempat iaitu Pusat Sains & Kreativiti dan Muzium Negeri, Losong. Lawatan ini bermula seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

Lawatan bermaklumat ini disertai oleh semua murid-murid dan guru-guru. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan murid-murid SKLGM ilmu yang tidak dapat diperoleh di dalam sekolah. Selain itu, lawatan ini dapat memberikan keseronokan kepada murid-murid yang penat belajar dan melakukan aktivit yang sama di sekolah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu kerana  bermurah hati untuk menaja lawatan ini. Sesungguhnya, budi baik tuan akan kami kenang sepanjang hayat kami.


Rombongan selamat tiba. Muka-muka teruja warga SKLGM jelas terpampang.



Mendengar penerangan pegawai pusat sains.




En Norman dengan bergayanya bergambar bersama murid-murid.



Pameran Dinosour yang sedang berlangsung di pusat sains ketika ini.



Warga SKLGM di Muzium Negeri.


Diharapkan lawatan ini sedikit-sebanyak menghilangkan penat dan lelah belajar murid-murid SKLGM agar mereka dapat fokus dan aktif selepas ini.



#smallispower
#letsgofartogether

No comments:

Post a Comment