Bukit Besi, 23200, Dungun, Terengganu. "Sehasrat Kearah Lahirkan Generasi Mantap"



Sempena penghakiman APSSN Terengganu yang bakal menjelang tiba, Tn Hj Muei, KPPD Dungun telah hadir bagi menyampaikan amanat dan memberi semangat kepada warga SKLGM.

Kehadiran beliau juga adalah untuk memantau proses perjalanan gerak kerja untuk penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu.



Tuan KPPD Dungun melawat Gedung Ilmu Ibnu Khaldun SKLGM



Tuan KPPD bersama GB bergambar di sudut Ladang TV



Turut hadir bersama, pagawai dari PKG Bukit Besi, PKG Paka dan PKG Sri Dungun



Melawat Mini Jumali Farmville



Sempat bergambar freestyle bersama murid-murid SKLGM. Sporting habis!


Dengan kehadiran Tuan Haji Muei ke SKLGM, sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kepada warga SKLGM untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir. Demi Pusat Sumber Sekolah, Demi Anak-anak murid SKLGM.


"Jika tiada jalan di hadapan, terbanglah"



#smallispower
#letsgofartogether

No comments:

Post a Comment